Fotografi digital,
fotografi digital bebanding dengan fotografi filem , ia menggunakan sensor elektronik yang di panggil CCD (Charge-coupled device) atau CMOS (Complementary metal–oxide–semiconductor ) untuk merakam imej sebagai data binary. Ini memboleh imej disimpanan dan disuntingan menggunakan komputer peribadi. Jualan kamera digital sekarang telah melampaui jualan kamera filem; dan mempunyai fungsi-fungsi yang tidak terdapat pada kamera filem seperti merakam video dan suara. Sebahagian peranti yang lain seperti telefon mudah alih, juga sekarang telah dilengkap dengan fungsi fotografi digital.
Kamera digital merakam imej yang terdedah pada CCD atau CMOS secara penyusunan imej kemudaian dihantar ke kad memori. Jumlah Piksal pada CCD atau CMOS mejangkau hingga 12 Megapiksal.
Diperingkat awal penciptaan kamera digital kameranya mudah digunakan dengan kekuatan mutu megapiksalnya amat rendah (1 megapiksal). Kini perubahan telah berlaku dimana telah wujud megapiksal yang tinggi sehingga 40 (MP).
Perubahan berlaku dengan terciptanya kamera yang lebih berteknologi tinggi dimana penggunaan kamera SLR yang mampu memberikan kepuasan kepada jurufoto professional.
Tuesday, February 23, 2010
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment